sekarang kan musim degree dah start,
maka ada yg sambung dekat luar negara semua bagai lah.
dan ada jugak yg tanya aku pasal makanan semua.
dan tak lupa,
ada jugak yg terlampau tinggi tahap ignorant,
sampai halal haram tolak tepi.
maka di sini aku nak jawab.
makanan benda yg paling basic dalam hidup kita kan.
Malaysia dengan UK (semua negara yg bukan Malaysia lah senang cerita)
lain sangat dari segi makanan.
kalau dekat Malaysia,
nak pergi makan dekat mana-mana pun,
insyaAllah halal.
tapi dekat luar negara,
kena hati-hati banyak.
macam contoh,
bila datang sini,
pergi McD,
terus pergi order hamburger.
aku tak tau la dekat Malaysia ada ke takdak,
tapi dekat sini,
terang-terang wehh tulis hamburger,
kompem la tak halal.
tapi tu pun masih ada jugak yg pegi order.
siap ada yg kalau breakfast amik yg menu standard,
siap ada sausage dengan bacon lagi.

1. bacon tu bhaaaabsssss.
kalau ye pun taktau,
tolong la jangan jadik ignorant.
apa guna hp canggih kalau taknak google?
kalau dah rasa tak pernah dengar nama tu,
sila lahh rajin-rajin nak bertanya takpun google.
2. sausage dekat sini ya,
memang 100% bhaaabbbsssss jugak.
diperbuat daripada usus binatang hidung comel tersebut.
sila lah loya tekak sekarang.
senang cerita la.
kalau nak selamat,
beli makanan vegetarian.
takyah la bila aku cakap je vegetarian,
terus nak bayangkan asparagus berlari-lari kejar hang sambil cakap
"makan lahh aku. makan lahhhhh"
makanan vegetarian dekat sini,
ada quorn.
quorn tu diperbuat daripada soya tapi ada perasa ayam, daging, dan sebagainya.
(promoter)
walaupun takde la effect macam daging betul sangat,
tapi jadi lahhhh,
daripada takdak.
dan kalau pergi restoran pun,
kalau hang pilih vegetarian punya menu,
dorang akan masak makanan korang dengan periuk yg lain.
takde la korang terpaksa makan makanan yg dimasak guna
periuk yg diorang masak si haiwan comel pink.
geddit? geddit?
kalau dah gegedik sangat tak boleh nk tahan makan makanan vegetarian je.
pergi lah survey kedai mana yg ada jual makanan halal.
ada je banyak,
tapi tu lah,
kalau tak cari, tak dapat la ye dok?
dan jangan memalu nak tanya dekat makcik kantin universiti hang,
"ni halal dak makcik?"
sebab diorang faham,
dan diorang akan jawab sejujurnya tanpa menipu.
pasal kalau alkohol pulak.
aku tau,
ada yg tak kisah, main minum je.
tapi kalau ada yg teringin nak cuba,
korang pegi beli "NON ALCOHOL RED WINE"
red wine tu alkohol,
non alcohol tu pulak takdak alkohol,
jadi kita anggap boleh la kan minum kan.
jawapannya,
non-alkohol punya pun tetap ada kurang-kurang 2% alkohol dalam tu.
sebab kalau nk buang 100% alkohol,
mahal,
jadi, diorang buang alkohol, tapi tak semua,
masih berbaki.
root beer pun sama.
kalau dekat A&W dekat Malaysia boleh je lekluuuu order root beer,
tapi kalau dekat luar negara,
root beer tu memang beer.
kalau tak banyak,
mesti ada jugak kandungan beer dalam tu.
mana aku tau?
sebab masa aku keluar dengan membe aku dekat sini,
diorang order benda-benda ni,
dan haruslah aku terlebih rajin membelek segala apa yg ada tulisan dekat botol tu.
miahahahaha kata membaca amalan mulia.
(:
aku tau,
ada yg tak kisah, main minum je.
tapi kalau ada yg teringin nak cuba,
korang pegi beli "NON ALCOHOL RED WINE"
red wine tu alkohol,
non alcohol tu pulak takdak alkohol,
jadi kita anggap boleh la kan minum kan.
jawapannya,
non-alkohol punya pun tetap ada kurang-kurang 2% alkohol dalam tu.
sebab kalau nk buang 100% alkohol,
mahal,
jadi, diorang buang alkohol, tapi tak semua,
masih berbaki.
root beer pun sama.
kalau dekat A&W dekat Malaysia boleh je lekluuuu order root beer,
tapi kalau dekat luar negara,
root beer tu memang beer.
kalau tak banyak,
mesti ada jugak kandungan beer dalam tu.
mana aku tau?
sebab masa aku keluar dengan membe aku dekat sini,
diorang order benda-benda ni,
dan haruslah aku terlebih rajin membelek segala apa yg ada tulisan dekat botol tu.
miahahahaha kata membaca amalan mulia.
(:
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
maaf zahir batin.
aku busy lagi.
planner aku dok penuh lagi tu takdak kosong lagi.

Assalamualaikum



17 otak (s):
sangat berguna! :D
ohh. banyaknya bhaaaabbbsss.. hati2 oi amalina, jangan melantak mende bukan2..
ada gak yg x paham bhs ek..isk2..enjoy ur life there..bestnyer!
wah! akak, bagus entry ni tok orang yang kat oberseee tu haa!
hee. suka suka :)
semoga Allah permudahkan urusan akak :)
Thanks for sharing.. ;)
lama tak update..
rindu kot.
ngeee..~
terima kasih utk ilmu ni kak amal :)
babi jadi BHAABSSS ponboleh
emira : harapnya. hehe
Umie Artoqiemie : haha baiklah umie! :D
lavenderlover : haha kadang-kadang diorang ni saje je buat2 xfaham.
Salsabila : sekadar ni je yg boleh tolong husna (:
aminnnn. mudah-mudahan. doakan akak tau tau ! <3
Mira Amirudin : welcome kak mira (:
@kak wani : rindu kak wani jugaaaakkkk!
twinkle twinkle : sama-sama faqiha (:
melle amir : aku kena jadi teladan yg baik. haha
akak dah activate fb tau...
see u there..
=)
ehhh nama fb kak wani apa? huhu tak jumpa :(
Post a Comment